Laman Web Google Play Dikemaskini Dengan Antaramuka Baru

Laman Web Google Play Dikemaskini Dengan Antaramuka Baru

Diterbitkan pada July 16, 2013 oleh .

Setelah memperlihatkan rekabentuk antaramuka baru untuk Google Play, hari ini pihak Google telah pun mula memperkenalkan rekabentuk baru tersebut kepada semua, sekaligus membawakan rekaan yang selari dengan versi pada peranti Android.

Google Play Web

Melalui rekabentuk baru ini, paparan kelihatan lebih kemas, disamping memudahkan para pengguna untuk menemui aplikasi-aplikasi baru melalui versi web Google Play. Perbezaan paling ketara boleh dikatakan adalah paparan gambar yang lebih besar, sekaligus memberikan idea mengenai apakah yang akan didapati mereka melalui seseuatu aplikasi.

Seperti biasa, sokongan sedia ada, seperti membolehkan pemasangan aplikasi, membeli aplikasi dan sebagainya masih dikekalkan pada Play Store versi web.

Layari : Google Play Store


TIPS & ULASAN