Aplikasi Penyunting Gambar Aviary Hadir Untuk Windows Phone

Aplikasi Penyunting Gambar Aviary Hadir Untuk Windows Phone

Diterbitkan pada July 16, 2013 oleh .

Aplikasi Aviary sedia ditawarkan untuk beberapa platform sebelum ini, dan kini penyunting gambar popular tersebut turut hadir untuk pengguna Windows Phone, membolehkan mereka membuat beberapa proses penyuntingan asas terus pada peranti mudah-alih mereka.

Aviary Windows Phone

Menggunakan aplikasi Aviary ini, pengguna boleh menambah baik gambar dengan mengubah beberapa tetapan seperti brightness, contrass dan sebagainya, selain turut boleh mengecilkan gambar, serta menambah efek dan sticker pada gambar yang dirakamkan.

Sebaik sahaja selesai menyunting, pengguna juga boleh terus berkongsi gambar yang disunting mereka ke beberapa laman sosial ataupun melalui emel dengan mudah.

Menurut pembangunnya, aplikasi ini hanya ditawarkan secara percuma untuk waktu yang terhad, dan bagi mereka yang berminat boleh mendapatkannya daripada Windows Phone Store hari ini.

Muat-Turun Aviary untuk Windows Phone


TIPS & ULASAN