UMobile Memperkenalkan Pelan Perkongsian Internet Pada Harga RM68 Sebulan

UMobile Memperkenalkan Pelan Perkongsian Internet Pada Harga RM68 Sebulan

Diterbitkan pada July 16, 2013 oleh .

Pada hari ini, para pengguna sedia mempunyai lebih daripada satu peranti dengan akses internet dan sebagainya. Kadang-kala, pengguna bergantung kepada sokongan tethering yang mana menggunakan tenaga bateri yang banyak pada sesuatu peranti. Untuk mengatasinya, kini pihak UMobile hadir dengan pelan baru, dinamakan sebagai Internet Sharing Plan.

UMobile Share

Menggunakannya, para pengguna boleh mendapatkan pelan data dan panggilan yang dikongsikan ke dua-SIM (SIM ketiga dikenakan caj sebanyak RM10). Melalui pelan yang bernilai RM68 sebulan ini, pihak UMobile menawarkan penggunaan data sehingga 3GB sebulan, disamping panggilan suara selama 60 minit.

Ia tidak diketahui lagi sama ada pihak UMobile akan menawarkan pelan lain ataupun tidak. Namun, buat masa ini ia hanya terhad kepada satu pelan sahaja, dan sekiranya penggunaan data habis digunakan, maka pengguna boleh mendapatkan Booster pada harga RM10 untuk 1.5GB (yang mana diterhadkan kepada SIM utama sahaja).

UMobile Share Plan

Jadi, apa kata anda mengenai pelan sebegini? Adakah ia berbaloi ataupun anda lebih gemar mendapatkan SIM dengan pelan berbeza untuk peranti-peranti berbeza?


TIPS & ULASAN