Spesifikasi BlackBerry A10 Tertiris – Menyertakan Bateri Berkapasiti Besar Dan BB10.2

Spesifikasi BlackBerry A10 Tertiris – Menyertakan Bateri Berkapasiti Besar Dan BB10.2

Diterbitkan pada July 16, 2013 oleh .

Peranti BlackBerry A10 telah menjadi bahan bualan ramai akhir-akhir ini dengan beberapa gambar dan video yang tertiris ke arena web. Terkini, sebuah gambar slaid kelihatan di arena web, menunjukkan spesifikasi yang akan dibawakan oleh peranti ini kelak.

BlackBerry A10

Seperti biasa, kesahihan slaid ini masih tidak dapat dipastikan sepenuhnya, tetapi ia mengikuti beberapa info yang tertiris sebelum ini. Seperti semua sedia maklum, ia memperlihatkan penggunaan skrin bersaiz 5-inci, disamping turut menyertakan cip pemprosesan dwi-teras bersama-sama dengannya.

Dari segi penambah-baikkan, peranti ini dilihat menyertakan bateri berkapasiti 2800mAh – sekaligu akan menawarkan masa penggunaan yang lebih lama jikalau dibandingkan dengan peranti BlackBerry Z10 pada hari ini. BlackBerry A10 juga akan didatangkan bersama-sama sistem operasi BlackBerry 10.2 yang menyertakan beberapa perkara baru, termasuk runtime Android 4.2.2 Jelly Bean.

Jadi, apa pandangan anda berkenaan dengan spesifikasi peranti ini?


TIPS & ULASAN