Maklumat Mengenai Telefon Pintar “HP Brave” Tertiris Ke Arena Web

Maklumat Mengenai Telefon Pintar “HP Brave” Tertiris Ke Arena Web

Diterbitkan pada July 17, 2013 oleh .

Sebelum ini, ia telah diperkatakan pihak HP sedang melihat kembali untuk menyertai perlumbaan dalam arena telefon pintar, dan kini beberapa info baru berkaitan sebuah telefon pintar yang dikenali dengan nama HP Brave mula kelihatan di arena web.

HP Brave

Daripada apa yang diketahui, telefon pintar ini dijangka akan dilengkapi dengan skrin bersaiz 4.5-inci (900×1600 pixel), cip pemprosesan empat-teras 2GHz Snapdragon 800, kamera belakang 14.5-megapixel, kamera hadapan 5-megapixel dan juga memori 2GB RAM.

Ia tidak diketahui sama ada peranti ini akan dilancarkan kepada umum kelak ataupun hanya sekadar ujian prototaip secara dalaman sahaja.

Pihak HP sendiri bukanlah pengeluar peranti Android yang baru, dimana sebelum ini mereka telah hadir dengan tablet Android bersaiz 7-inci dan juga sebuah komputer berasaskan AIO.


TIPS & ULASAN