Huawei Memperkenalkan Tablet MediaPad 7 Youth Dengan Sokongan Telefoni

Huawei Memperkenalkan Tablet MediaPad 7 Youth Dengan Sokongan Telefoni

Diterbitkan pada July 17, 2013 oleh .

Selepas memperkenalkan Huawei MediaPad 7 Vogue sebelum ini, kini pihak Huawei turut sama hadir dengan sebuah lagi variasi tablet mereka pada saiz 7-inci dengan sokongan membuat panggilan telefoni, dinamakan sebagai Huawei MediaPad 7 Youth.

Huawei MediaPad 7 Youth

Peranti ini dijana menggunakan cip pemprosesan dwi-teras 1.6Ghz, skrin bersaiz 7-inci, bateri berkapasiti sehingga 4100mAh, serta dilengkapi dengan kuasa GPU yang tinggi, membolehkan pengguna untuk menikmati pelbagai jenis kandungan media melaluinya. Dari segi sistem operasi, Huawei MediaPad 7 Youth ini dijana menggunakan Android 4.1 Jelly Bean.

Tablet ini dijangka akan dipasarkan bermula suku ketiga tahun 2013 ini di sekitar Asia Pasifik dan beberapa negara lain. Harga jualannya masih tidak dikongsikan buat masa ini.


TIPS & ULASAN