Aplikasi Google Maps Untuk iOS Dikemaskini Dengan Paparan Baru – Termasuk Sokongan Navigasi

Aplikasi Google Maps Untuk iOS Dikemaskini Dengan Paparan Baru – Termasuk Sokongan Navigasi

Diterbitkan pada July 17, 2013 oleh .

Google Maps iOSSetelah memperkenalkan kemaskini untuk para pengguna Android pada minggu lepas, hari ini pihak Google turut sama memperkenalkan kemaskini untuk para pengguna iOS, dimana Google Maps versi baru diperkenalkan dengan paparan antaramuka baru, termasuk beberapa fungsi yang disertakan bersama-sama dengannya.

Melalui Google Maps 2.0 yang diperkenalkan untuk iOS, ia kini turut dioptimasikan untuk skrin iPad, disamping menyertakan beberapa integrasi baru, termasuk memaparkan pelbagai info berkaitan sesuatu lokasi. Pengguna tempatan juga turut boleh menggunakan sokongan navigasi pada aplikasi berkenaan – sama seperti pada versi Android sebelum ini.

Bagi para pengguna peranti iOS yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi Google Maps ini secara percuma, dan mencubanya sendiri pada peranti anda hari ini.

Muat-Turun Google Maps untuk iOS


TIPS & ULASAN