WhatsApp Untuk iOS Kini Beralih Ke Konsep Langganan Tahunan

WhatsApp Untuk iOS Kini Beralih Ke Konsep Langganan Tahunan

Diterbitkan pada July 17, 2013 oleh .

WhatsAppWhatsApp untuk iOS sebelum ini ditawarkan sebagai aplikasi berbayar, dimana pengguna hanya perlu bayar sekali dan gunakannya dalam menghantar mesej kepada rakan-rakan mereka yang lain. Namun, kini ia beralih kepada konsep langganan tahunan, sekaligus menyelarikan tawaran mereka untuk pelbagai platform mudah-alih.

Melalui kemaskini yang diperkenalkan hari ini, WhatsApp untuk iOS ditawarkan dalam bentuk muat-turun percuma, dan pengguna diberikan langganan percuma selama setahun. Untuk tahun berikutnya, pengguna dikehendaki membayar $0.99 setahun – yang mana boleh dikatakan amat murah berbanding dengan tawaran yang disediakan oleh perkhidmatan tersebut.

Disamping itu, WhatsApp juga kini dilengkapi sokongan membuat salinan pendua ke iCloud, sekaligus membolehkan pengguna menyimpan senarai mesej mereka, dan memudahkan mereka sekiranya beralih ke peranti iOS yang lain.

Muat-Turun WhatsApp untuk iOS


TIPS & ULASAN