Aplikasi Twitter untuk BlackBerry 10 sebelum ini boleh dikatakan agak kekurangan, dan kini melalui kemaskini baru diperkenalkan, ia menyertakan beberapa fungsi baru sekaligus melengkapkan beberapa fungsi yang tertinggal sebelum ini.
Melalui Twitter untuk BlackBerry terbaru ini, ia menawarkan sokongan untuk multiple accounts, membolehkan pengguna untuk mengakses lebih daripada satu akaun melalui aplikasi berkenaan. Disamping itu, aplikasi Twitter untuk BlackBerry ini juga turut menyertakan sokongan tab Discover yang lebih baik, disamping membolehkan pengguna melihat dan membalas DM terus melalui aplikasi berkenaan.
Bagi para pengguna BlackBerry 10, anda boleh mengemaskini aplikasi ini dengan memuat-turun ia terus daripada BlackBerry World hari ini.