Cari @ Amanz

Huawei Ascend P6 telah diumumkan oleh pihak Huawei pada bulan lepas, dan nampaknya kini mereka bergerak pantas dalam membawa peranti tersebut memasuki pasaran tempatan. Melalui jemputan yang dihantar oleh pihak Huawei hari ini, ia dikongsikan yang mana peranti tersebut akan dilancarkan di Malaysia pada minggu hadapan.

Huawei Ascend P6

Huawei Ascend P6 membawakan skrin bersaiz 4.7-inci dengan paparan 720p, memori sebanyak 2GB RAM, kamera belakang 8-megapixel, kamera hadapan 5-megapixel, cip pemprosesan empat-teras 1.5GHz, dan dilengkapi dengan bateri berkapasiti 2000mAh.

Ia turut dijana menggunakan Android 4.2 Jelly Bean serta didatangkan dengan antaramuka khas Huawei – EmotionUI.

Harga jualannya mungkin akan dikongsikan pihak Huawei Malaysia pada minggu hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd