Cari @ Amanz

Dengan pengenalan aplikasi Google Maps dengan paparan baru untuk Android dan juga iOS, pihak Google juga kelihatan membuka Google Maps Preview untuk semua pengguna, membolehkan sesiapa yang berminat untuk mencubanya, tanpa memerlukan sebarang jemputan seperti sebelumnya.

Google Maps baru ini telah diperkenalkan pada Google I/O bulan Mei yang lepas, dimana ia menyertakan paparan yang lebih kemas disamping menyertakan integrasi untuk melihat informasi dan ulasan mengenai sesuatu lokasi dengan mudah.

Untuk menggunakan Google Maps baru, pengguna hanya perlu melayari laman Google Maps seperti biasa, dan klik pada gambar untuk versi Preview yang terletak pada kiri halaman berkenaan. Ataupun sebagai alternatif, pengguna boleh terus ke halaman Google Maps baru dan mengaktifkannya melalui laman tersebut.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd