Google Menjadualkan Acara Khas Bersama Sundar Pichai Pada Minggu Hadapan

Google Menjadualkan Acara Khas Bersama Sundar Pichai Pada Minggu Hadapan

Diterbitkan pada July 18, 2013 oleh .

Andy - Vic - SundarMungkin umum sedia ketahui akan Sundar Pichai kini mengetuai bahagian Android dan juga Chrome didalam Google. Dan kini, pihak Google sendiri menjadualkan sebuah acara khas bersama-sama beliau, sekaligus memberikan idea mengenai salah satu pengumuman baru akan hadir daripada gergasi internet tersebut pada minggu hadapan.

Untuk Android, salah satu perkara yang dinantikan ramai adalah kemaskini versi Android. Sebelum ini, beberapa info berkenaan dengan Android 4.3 tertiris ke arena web, termasuk fail APK untuk aplikasi kamera dan galerinya. Disamping itu, sejak daripada tahun lepas, salah satu perkara yang dinantikan adalah pengumuman berkaitan Android Key Lime Pie yang masih tidak diketahui bilakah akan dilakukan.

Untuk Chrome pula, versi pembangunannya kini telah pun mencapai versi 30, selain versi stabilnya telah mula mengintegrasikan sokongan notifikasi seumpama Google Now. Salah satu perkara yang telah sekian lama tidak dikongsikan oleh Google adalah berkenaan Chrome OS.

Mungkin pada acara berkenaan kita akan melihat beberapa pengumuman baru berkaitan kedua-dua produk ini. Apa pun, sama-sama kita nantikan apakah yang bakal dibawakan oleh gergasi internet – Google pada minggu hadapan.


TIPS & ULASAN