Cari @ Amanz

Eiffel TowerBeberapa minggu yang lepas, pihak Google telah menambah sokongan Street View untuk bangunan Burj Khalifa di Dubai, sekaligus memudahkan pengguna seluruh dunia melawatnya terus melalui kaca monitor mereka. Dan kini, pihak Google terus menambah lagi senarai bangunan dengan sokongan Street View, dimana yang terkini adalah menawar Eiffel Tower.

Eiffel Tower telah dibina pada tahun 1889, dan sejak daripada itu, lebih dari 250 juta orang telah melawatnya. Namun, jutaan lagi yang ingin melawatnya, tetapi tidak berkesempatan dan berkemampuan. Untuknya, kini Google memudahkan dengan membawanya terus ke pelayar web.

Disamping hanya melawat, beberapa info lanjut mengenai menara tersebut turut disediakan, termasuk bagaimana ia telah dibina dan sebagainya.

Jadi, bagi anda yang berminat dan ingin melihat Eiffel Tower dengan lebih dekat, mungkin boleh melawatinya melalui Google Street View hari ini, dan melihat sendiri antara menara popular didunia terus melalui kaca monitor anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd