Gambar Dan Video Nexus 7 Baru Diperlihatkan – Dijangka Akan Diperkenalkan Minggu Hadapan

Gambar Dan Video Nexus 7 Baru Diperlihatkan – Dijangka Akan Diperkenalkan Minggu Hadapan

Diterbitkan pada July 18, 2013 oleh .

Kemaskini untuk keluarga Nexus 7 sedia dinantikan ramai peminat Android seluruh dunia, dan kini dengan sebuah acara khas yang dijadualkan pada minggu hadapan, beberapa gambar dan video hadir memperlihatkan bagaimana ia akan kelihatan kelak.

Nexus 7 Baru

Nexus 7, seperti pada namanya membawakan skrin bersaiz 7-inci, dan pada kali ini ia hadir dengan sokongan kamera hadapan dan belakang – masing-masing 1.2-megapixel dan juga 5-megapixel. Spesifikasi penuh untuknya tidak diketahui lagi, tetapi berkemungkinan dikatakan akan menyertakan cip pemprosesan Snapdragon S4 Pro dan juga memori sebanyak 4GB RAM.

Peranti ini juga dijangka akan dilengkapi dengan Android 4.3 yang dijangka akan diumumkan oleh pihak Google pada minggu hadapan. Dari segi rekabentuk keseluruhannya, ia kelihatan telah dikemaskini berbanding versi sebelumnya, dan tampak lebih menarik berbanding Nexus 7 yang diperkenalkan pada tahun lepas.

Apa pun, sama-sama kita nantikan apakah yang akan diumumkan oleh pihak Google pada minggu hadapan, disamping menantikan lebih info berkaitan dengan tablet baru ini.


TIPS & ULASAN