Apple Bakal Sertakan Skrin Bersaiz 4.3-inci Bersama-sama iPhone 5S?

Apple Bakal Sertakan Skrin Bersaiz 4.3-inci Bersama-sama iPhone 5S?

Diterbitkan pada July 18, 2013 oleh .

Adakah iPhone akan menjadi pilihan sekiranya terus mengekalkan saiz skrin?Pada hari ini, kebanyakkan peranti hadir dengan skrin bersaiz sekitar 5-inci, membuatkan ramai pengguna meminatinya dalam mengikuti pelbagai kandungan media dan juga permainan terus melalui telefon pintar. Dan kini, mengikut laporan Bloomberg, pihak Apple dikatakan mungkin akan menyertakan skrin bersaiz 4.3-inci bersama-sama iPhone 5S yang baru kelak.

Mengikut apa yang dilaporkan Blooomberg, perkara ini mungkin akan menjadikan pengenalan iPhone 5S kelak ditangguhkan berbanding jadual asal sekitar September atau Oktober tahun ini.

Selain telefon pintar “iPhone 5S”, Apple juga dikatakan akan hadir dengan telefon pintar versi bajet mereka, mensasarkan pengguna-pengguna di negara membangun.

Apa pun, seperti biasa, perkara ini boleh dikatakan sebagai sekadar ura-ura sahaja, dan mungkin kita akan lihat sendiri apakah yang akan dibawakan oleh Apple dalam masa beberapa bulan lagi.


TIPS & ULASAN