Cari @ Amanz

BlackBerry sedia mengumumkan yang mana mereka bakal membawakan perkhidmatan permesejan popular mereka, iaitu BlackBerry Messenger ke dua platform popular di dunia, iaitu Android dan juga iOS. Walaupun tarikh rasmi untuknya tidak diketahui sehingga kini, namun, ia dijangka akan hadir sekitar September kelak.

BlackBerry Messenger sebelum ini boleh dikatakan hadir sebagai eksklusif untuk pengguna BlackBerry, menawarkan beberapa fungsi menarik, termasuk sokongan chat berkumpulan, kebolehan membuat panggilan suara, dan melalui BlackBerry 10, mereka turut menambah sokongan perkongsian skrin dan juga panggilan video.

Ia tidak diketahui lagi apakah fungsi-fungsi yang akan hadir untuk pengguna Android dan iOS kelak. Namun, dengan pelbagai penyedia perkhidmatan permesejan bersaing dalam arena tersebut, semestinya BBM untuk Android dan iOS merupakan salah satu perkara yang dinantikan ramai pengguna seluruh dunia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd