Nokia Lumia 520 Hadir Sebagai Peranti WP8 Popular Di Dunia

Nokia Lumia 520 Hadir Sebagai Peranti WP8 Popular Di Dunia

Diterbitkan pada July 18, 2013 oleh .

Umum sedia maklum akan mengenai dominasi Nokia dalam pengeluaran dan penjualan peranti Windows Phone 8, dimana beberapa peranti ditawarkan mereka. Dan mengikut analisa yang dikeluarkan baru-baru ini, ia kelihatan peranti Windows Phone 8 yang paling digunakan ramai adalah Lumia 520.

Graf WP8

Daripada data yang dikeluarkan, Lumia 520 memegang sebanyak 13.3% pasaran Windows Phone 8 seluruh dunia, sekaligus mendahului telefon pintar Lumia 920 – yang mana merupakan telefon pintar Windows Phone 8 utama daripada Nokia (memandangkan Lumia 925 masih belum dilancarkan di semua negara buat masa ini).

Lumia 520 boleh dikatakan sebagai peranti Windows Phone 8 yang paling murah daripada Nokia, dan menawarkan pelbagai sokongan melaluinya, termasuk sokongan Nokia HERE Maps. Di Malaysia, telefon pintar ini dijual pada harga RM599 oleh pihak Nokia.


TIPS & ULASAN