Panasonic Lumix DMC-FZ70 Hadir Dengan Sokongan Zoom Optikal Sehingga 60x

Panasonic Lumix DMC-FZ70 Hadir Dengan Sokongan Zoom Optikal Sehingga 60x

Diterbitkan pada July 18, 2013 oleh .

Dunia pengimejan dan rakaman gambar sentiasa mendapat perhatian, dan kini pihak Panasonic hadir dengan kamera Lumix terbaru mereka – DMC-FZ70 yang mana menyertakan sokongan zoom optikal sehingga 60x bersama-sama dengan lensa 16-megapixel.

Panasonic Lumix DMC-FZ70

Jikalau dibandingkan, beberapa pesaing Panasonic yang lain hanya menawarkan sokongan zoom optikal sehingga 50x sahaja, dan perkara ini meletakkan pihak Panasonic dihadapan jikalau dibandingkan dari segi penggunaan jarak zoom pada kamera. Selain itu, dengan sokongan sensor MOS, pihak Panasonic mengatakan mereka dapat mengurangkan tahap noise pada gambar sehingga 15% berbanding kebiasaannya.

Panasonic Lumix DMC-FZ70 ini juga turut hadir dengan sokongan rakaman video pada resolusi 1920×1080 pixel dalam bentuk 60i ataupun 1280×720 pixel dalam bentuk 60p. Struktur mikrofon baru pada kamera ini juga dikatakan akan dapat mengurangkan tahap noise dalam bunyi sehingga 70% berbanding kamera yang lain.

Untuk mod rakaman pula, Panasonic Lumix DMC-FZ70 ini menyertakan tiga mod berbeza, termasuk semimanual, manual dan juga Creative Video. Creative Video memfokuskan kepada mereka yang ingin menggunakannya dalam merakamkan video dengan kawalan shutter speed dan juga apperture.

Kamera Panasonic Lumix DMC-FZ70 ini dijangka akan dipasarkan bermula bulan Ogos kelak.


TIPS & ULASAN