Nokia Lumia 925 Akan Ke Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi

Nokia Lumia 925 Akan Ke Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada July 18, 2013 oleh .

Nokia Lumia 925 telah diperkenalkan oleh pihak Nokia pada pertengahan Mei yang lepas, dan kini selepas lebih kurang dua bulan, pihak Nokia Malaysia kelihatan dalam persiapan untuk melancarkan telefon pintar tersebut untuk pasaran Malaysia.

Nokia Lumia 925

Melalui sebuah jemputan yang dihantar oleh Nokia Malaysia kepada pihak media, ia kelihatan mereka akan berkongsi beberapa perkara mengenai peranti berkenaan pada minggu hadapan. Mungkin juga kita akan mendengar mengenai bilakah ia akan mula ditawarkan pada acara berkenaan.

Lumia 925 membawakan skrin bersaiz 4.5-inci OLED, kamera 8.7-megapixel OIS, serta bateri berkapasiti 2000mAh. Ia turut menyertakan rekaan kerangka berasaskan aluminium, selain memfokuskan kepada bahagian kameranya.

Apa pun, kami akan membawakan pandang pertama peranti tersebut, termasuk pelbagai kemaskini semasa daripada acara berkenaan yang dijadualkan pada hari Rabu hadapan – 24 Julai.


TIPS & ULASAN