Carian
Aplikasi WeChat Diperkenalkan Untuk Pengguna BlackBerry 10
July 18, 2013 Aman

Perkhidmatan permesejan WeChat telah dinantikan beberapa pengguna BlackBerry 10 sejak beberapa bulan yang lepas, dan kini ia telah pun diterbitkan di BlackBerry World, membolehkan para pengguna memuat-turunnya. Buat masa ini, ia hanya menyokong peranti Z10 sahaja, dan dijangka akan diperluaskan kepada Q10 dan Q5 tidak lama lagi.

Melalui WeChat untuk BlackBerry 10, ia didatangkan dengan antaramuka yang dioptimasikan untuk paparan BlackBerry 10, disamping masih mengekalkan ciri-ciri seperti kebolehan menghantar mesej suara, menghantar sticker dan sebagainya. Buat masa ini ia hanya menyokong empat bahasa sahaja, termasuk Inggeris dan juga Bahasa Indonesia. Sokongan bahasa lain dijangka akan diperluaskan secara berperingkat.

Bagi para pengguna BlackBerry Z10 yang berminat, boleh memuat-turun WeChat untuk peranti anda, dan mula menggunakannya dalam berinteraksi bersama-sama rakan yang lain.

Komen