Carian
HTC One Mini Diperkenalkan Secara Rasmi – Skrin 4.3-inci Dan Cip Dwi-Teras 1.4GHz
July 18, 2013 Aman

Setelah pelbagai desas-desus berkaitan dengan telefon pintar HTC One versi “mini”, hari ini pihak HTC secara rasminya mengumumkan dan memperkenalkan telefon pintar HTC One Mini mereka. Melaluinya ia menyertakan beberapa fungsi seumpama HTC One, termasuk rekabentuk yang lebih kurang menyerupainya.

HTC One Mini

HTC One Mini menyertakan skrin bersaiz 4.3-inci dengan sokongan paparan 720p, dijana menggunakan cip pemprosesan dwi-teras 1.4GHz Snapdragon 400, dan didatangkan dengan kamera belakang HTC Ultrapixel. Ia turut didatangkan dengan dua speaker pada bahagian hadapan, kamera hadapan 1.6-megapixel serta bateri berkapasiti 1800mAh. Sokongan rangkaian LTE turut disertakan bersama-sama peranti dengan spesifikasi pertengahan ini.

HTC One Mini turut dijana menggunakan Android 4.2.2 dan juga HTC Sense, sekaligus membawakan beberapa sokongan seperti Zoe dan juga Blinkfeed ke peranti berkenaan.

Dari segi kekurangan, selain daripada spesifikasi, peranti ini tidak menyertakan sokongan OIS pada kamera, selain turut tidak didatangkan dengan NFC. Ia juga dikatakan hanya didatangkan dengan memori 1GB RAM sahaja.

HTC One Mini vs One

Harga jualannya masih tidak diketahui buat masa ini, dan mungkin kita akan dapat melihat peranti ini dipasarkan di Malaysia dalam beberapa bulan lagi.

Komen