Fail Android 4.3 Tertiris – Memperlihatkan Beberapa Fungsi Yang Akan Dibawa

Fail Android 4.3 Tertiris – Memperlihatkan Beberapa Fungsi Yang Akan Dibawa

Diterbitkan pada July 18, 2013 oleh .

Mungkin ramai yang sedia maklum berkenaan pihak Google yang menjadualkan sebuah acara khas pada minggu hadapan, dan dijangka akan berkongsi mengenai kemaskini Android. Kini, seminggu sebelumnya, fail Android 4.3 tertiris ke web, sekaligus memberikan idea berkenaan beberapa fungsi yang bakal disertakan olehnya.

Daripada angka versi sendiri, ia memberikan idea berkenaan hanya kemaskini kecil sahaja yang akan dibawakan olehnya. Sebelum ini, fail APK untuk kamera baru telah pun tertiris, membolehkan pengguna Android mencubanya pada peranti mereka.

Selain daripada kemaskini pada bahagian kamera, Android 4.3 juga kelihatan turut menyertakan kemaskini pada bahagian Dial Pad. Ia turut kelihatan beberapa sokongan baru disertakan, termasuk sokongan untuk BLE (Bluetooth Low Energy) untuk membolehkan pengguna menjimatkan bateri ketika menghubungkan ke peranti berasaskan Bluetooth yang lain, selain memudahkan untuk aplikasi mengaktifkan dan mematikan WiFi untuk tujuan geolokasi (untuk sesetengah aplikasi seperti Google Maps).

Apa pun, ini mungkin hanya sebahagian, dan sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut oleh pihak Google pada minggu hadapan.


TIPS & ULASAN