Cari @ Amanz

Evernote boleh dikatakan antara aplikasi yang agak berguna dalam tujuan untuk pengambilan dan simpanan nota. Ia sedia ditawarkan dalam beberapa platform, dan terkini pembangunnya telah pun mengeluarkan versi beta untuk Evernote 5 bagi pengguna desktop berasaskan Windows.

Evernote 5 Beta

Jikalau dibandingkan dengan versi sebelum ini, Evernote 5 untuk Windows tampak lebih kemas, disamping berfungsi dengan lebih pantas lagi. Sokongan carian juga ditambah-baik, memudahkan proses pencarian dan penemuan dilakukan menggunakan aplikasi desktop berkenaan.

Beberapa fungsi khas untuk pengguna berbayar juga turut disertakan pada aplikasi berkenaan dalam memudahkan mereka menguruskan nota dan fail media yang disimpan di Evernote.

Seperti biasa, ia masih pada peringkat beta buat masa ini, dan bagi mereka yang berminat, boleh memuat-turun dan mencubanya sendiri hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd