Apakah Telefon Pintar Pilihan Anda Dari Januari Hingga Jun 2013?

Apakah Telefon Pintar Pilihan Anda Dari Januari Hingga Jun 2013?

Diterbitkan pada July 21, 2013 oleh .

Setiap bulan, pelbagai peranti yang dikeluarkan oleh ramai pengeluar, dan perkara ini semestinya akan menyukarkan para pengguna baru yang ingin mendapatkan peranti baru dalam membuat pilihan. Untuk memudahkannya, kami mengumpulkan beberapa peranti pilihan dalam artikel ini, sekaligus memudahkan para pengguna dalam membuat pemilihan peranti anda.

Artikel ini akan dikemaskini dari masa ke semasa mengikut input daripada para pengguna melalui ruangan komen.

Peranti Android Pilihan

HTC One Dengan Sense 5

Bercakap mengenai peranti Android pilihan, untuk tempoh enam bulan pertama 2013 ini, yang menarik minat ramai pengguna termasuk kami sendiri adalah HTC One. HTC One membawakan rekaan yang amat menarik, selain dilengkapi dengan sokongan audio dan juga kamera yang agak baik berbanding kebanyakkan peranti lain di pasaran. Ia juga turut dilengkapi dengan sokongan rangkaian LTE, selain mana baru-baru ini turut telah menerima kemaskini kepada Android 4.2.2.

Secara keseluruhan, memandangkan ia dijana menggunakan Android, maka kebanyakkan aplikasi terdapat untuknya. Disamping itu, HTC One sendiri membawakan rekaan yang amat menarik, membuatkan ia sebagai salah satu peranti Android pada kelasnya yang tersendiri.

Spesifikasi : skrin 4.7-inci dengan paparan 1080p, cip empat-teras 1.7GHz, kamera belakang 4-megapixel (HTC Ultrapixel), kamera hadapan 2.1-megapixel, HTC Boomsound. Tiada slot kad-SD.
Harga : RM2299.

Baca : Ulasan HTC One

Peranti Dengan Sokongan Kalis Air

Sony Xperia Z

Dengan pelbagai peranti yang terdapat di pasaran pada hari ini, mungkin ada yang inginkan peranti dengan sokongan ketahanan – terutamanya dari segi kalis air dan juga debu. Untuk perkara ini, Xperia Z mungkin menjadi pilihan ramai, apatah lagi dengan rekaan industri menarik yang disertakan melalui peranti berkenaan.

Harga : RM1999

Baca : Ulasan Sony Xperia Z

Peranti Windows Phone Pilihan

Nokia Lumia 720

Selain daripada peranti berasaskan Android, mungkin juga ada yang inginkan telefon pintar dengan sistem operasi berasaskan Windows Phone. Beberapa peranti telah hadir ke pasaran tempatan sepanjang enam bulan pertama 2013 ini, dan yang menarik perhatian adalah Lumia 720 dan juga Lumia 520.

Kedua-dua peranti ini boleh dikatakan pada harga mampu milik, dimana Lumia 520 membawakan spesifikasi asas, sementara Lumia 720 pula dengan spesifikasi pertengahan. Dari segi paparan skrin, semestinya Lumia 720 tampak lebih kemas, disamping ia turut menyertakan beberapa fungsi tambahan termasuk NFC, dan juga sokongan kamera yang lebih baik.

Harga Lumia 720 RM999, Lumia 520 RM599

Peranti Untuk Permesejan

BlackBerry 10

Bercakap mengenai permesejan, bagi kami BlackBerry masih mendahului ramai, apatah lagi dengan sokongan BlackBerry Hub yang diperkenalkan pada BlackBerry 10 memudahkan pengguna melihat pelbagai mesej, emel, dan kemaskini dari pelbagai laman sosial pada satu lokasi dengan mudah.

Tiga peranti menggunakan sistem operasi BlackBerry 10 telah pun diperkenalkan di pasaran tempatan sepanjang tahun ini, iaitu BlackBerry Z10, BlackBerry Q10 dan juga BlackBerry Q5.

Harga : BlackBerry Z10 RM2188; BlackBerry Q10 RM2388; BlackBerry Q5 RM1299

Baca : Pandang Pertama BlackBerry Q5

Peranti Dengan Sokongan Fungsi Asas

Nokia Asha 210Walaupun terdapat pilihan puluhan peranti di pasaran pada hari ini, namun mungkin ramai yang inginkan sesuatu pada harga rendah dan dengan tawaran fungsi-fungsi asas melaluinya. Untuknya, antara peranti yang menjadi pilihan kami adalah peranti daripada keluarga Nokia Asha, iaitu Nokia Asha 210.

Nokia Asha 210 menawarkan sokongan papan kekunci QWERTY, selain mana turut hadir dengan sokongan aplikasi popular termasuk WhatsApp, Twitter dan juga Facebook.

Harga : RM249

Tonton : Pandang Pertama Nokia Asha 210

Jadi, apakah peranti pilihan anda sepanjang enam bulan pertama 2013 ini?

Artikel ini akan dikemaskini dari masa ke semasa mengikut input daripada para pengguna melalui ruangan komen.


TIPS & ULASAN