DiGi Hadir Dengan Laman Baru Dengan Sokongan Untuk Membandingkan Peranti Yang Ditawarkan

DiGi Hadir Dengan Laman Baru Dengan Sokongan Untuk Membandingkan Peranti Yang Ditawarkan

Diterbitkan pada July 19, 2013 oleh .

DiGi hari ini telah mula memperkenalkan rekabentuk laman web mereka yang baru, dimana bersama-sama dengannya, ia memudahkan pengguna untuk membuat pilihan peranti, selain pada masa yang sama membandingkan peranti pilihan mereka antara satu sama lain.

Dari segi rekabentuk, laman web DiGi masih mengekalkan antaramuka yang lebih kurang sama dengan versi lama, tetapi membawakan beberapa penambah-baikkan dari segi fungsi-fungsi dalam memudahkan para pengguna membuat pilihan peranti mereka.

DiGi Web Compare

Selain sokongan membandingkan sehingga empat peranti, para pengguna juga kini boleh melihat telefon pintar dan tablet yang ditawarkan dalam beberapa pilihan, termasuk dari segi harga dan juga fungsi yang ditawarkan.

DiGi Web Baru

Seperti biasa, segala peranti yang disenaraikan adalah tertakluk kepada langganan pakej DiGi sahaja, dan bukannya semua peranti diperlihatkan pada laman berkenaan.

Bagi anda yang ingin mencubanya, mungkin boleh melayari dan melihat sendiri apakah yang ditawarkan oleh pihak DiGi melalui laman web serba baru mereka.


TIPS & ULASAN