Microsoft Membuat Pelarasan Inventori Sehingga $900 Juta Untuk Surface RT

Microsoft Membuat Pelarasan Inventori Sehingga $900 Juta Untuk Surface RT

Diterbitkan pada July 19, 2013 oleh .

Surface RT gagal?Microsoft hari ini berkongsi mengenai kewangan mereka untuk suku ke-empat tahun fiskal 2013, dimana memperlihatkan beberapa perkara, termasuk berkaitan dengan penjualan Surface. Daripada apa yang diumumkan Microsoft, mereka membuat pelarasan inventori (inventory adjustment) sehingga $900 juta untuk Surface RT.

Surface RT, walaupun membawakan kualiti binaan dan rekabentuk yang menarik, namun salah satu perkara yang menjadi kekangan daripada pengguna membelinya adalah aplikasi yang ditawarkan melalui peranti berkenaan. Memandangkan ia dijana menggunakan Windows RT, maka perisian dan aplikasi desktop sedia ada tidak boleh digunakan dan masih bergantung kepada Windows Store dalam tawaran aplikasi berbentuk Metro.

Buat masa ini, aplikasi berbentuk Metro masih lagi sedikit, dan hanya beberapa aplikasi popular sahaja ditawarkan. Namun, pihak Microsoft sendiri menyediakan aplikasi pejabat mereka – Microsoft Office, yang didatangkan percuma melalui tablet berkenaan.

Pada awal minggu ini sendiri, pihak Microsoft mengumumkan potongan harga untuk Surface RT yang kini ditawarkan pada harga RM1099. Selain daripada itu, ia kelihatan pihak Microsoft turut memfokuskan pasaran pelajar, dimana mereka menawarkan diskaun khas untuk pelajar dibeberapa buah negara.


TIPS & ULASAN