Cari @ Amanz

Sony telah memperkenalkan Xperia ZR sebagai salah satu peranti dengan sokongan kalis air dan juga butang yang didedikasikan untuk rakaman gambar. Kini, peranti berkenaan turut sama ditawarkan untuk pasaran Malaysia dalam pilihan warna hitam dan putih pada harga RM1649.

Xperia ZR membawakan rekabentuk seumpama Xperia Z sebelum ini, dimana menyertakan skrin bersaiz 4.55-inci (dengan paparan 1280×720 pixel), cip pemprosesan empat-teras 1.5GHz, memori sebanyak 2GB RAM, dan juga kamera belakang 13-megapixel.

Peranti ini boleh dikatakan sebagai salah satu alternatif bagi mereka yang gemar merakamkan gambar di dalam air. Sebelum ini, Xperia Z turut hadir dengan sokongan kalis air, tetapi memandangkan ia tidak menyertakan butang yang didedikasikan untuk rakaman gambar, membuatkan pengguna tidak boleh merakamkan gambar didalam air. Dengan peranti Xperia ZR ini, ia kini menawarkan sokongan berkenaan, disamping menyertakan rekabentuk ikonik pihak Sony untuk tahun 2013 ini,

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd