Cari @ Amanz

Laman Ubuntu.com hari ini dikemaskini, dan memperlihatkan sebuah countdown, dengan tema “The line where two surfaces meet”. Sebelum ini, pihak Canonical telah menggunakan laman utama Ubuntu.com untuk perkara sama sebelum pengumuman Ubuntu Phone dan juga Ubuntu Tablet.

Buat masa ini, ia masih menjadi tanda tanya berkenaan apakah yang akan diumumkan oleh pihak pembangun Ubuntu ini. Memandangkan mereka telah sedia mengumumkan Ubuntu Touch untuk telefon pintar dan juga tablet, maka ramai membuat spekulasi berkenaan kemungkinan pihak Canonical memperlihatkan peranti pertama mereka dalam tempoh empat hari lagi.

Ataupun mungkin juga kita akan mendengar berkenaan syarikat pengeluar yang akan menyatakan sokongan untuk Ubuntu Touch kelak.

Apa pun, sama-sama kita nantikan apakah yang akan dibawakan oleh pihak Canonical dalam tempoh lebih kurang empat hari lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd