Semua Pengguna Chrome Pada Windows Kini Boleh Menggunakan Pelancar Aplikasi Chrome

Semua Pengguna Chrome Pada Windows Kini Boleh Menggunakan Pelancar Aplikasi Chrome

Diterbitkan pada July 19, 2013 oleh .

Sejak bulan Februari yang lepas, pihak Google telah menguji sokongan AppLauncher untuk pengguna Chrome versi pembangunan, dan kini selepas beberapa bulan, sokongan tersebut diperkenalkan kepada semua pengguna Chrome pada Windows, sekaligus membolehkan mereka menggunakan fungsi tersebut.

Chrome App Launcher

Bagi pengguna Chrome pada Windows, mereka boleh memasang Launcher ini dengan mudah, sekaligus menambah sokongan akses pantas untuknya terus pada taskbar. Perkara ini, sekaligus memudahkan mereka dalam mengakses Chrome dan aplikasi-aplikasi yang dipasang melalui Chrome WebStore. Sokongan ini membolehkan pengguna untuk mengakses beberapa perkhidmatan dan aplikasi web seperti GMail, Google Drive dan lain-lain dengan pantas berbanding sebelumnya.

Buat masa ini sokongan ini hanya hadir untuk pengguna Windows sahaja, dan mungkin akan diperluaskan kepada semua tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN