Selepas diperkenalkan dalam bentuk ujian sebelum ini, hari ini pihak Valve secara rasminya mengumumkan yang mana DOTA 2 telah pun tersedia untuk para pengguna yang menggunakan sistem operasi Ubuntu Linux dan juga Mac OS X.
DOTA 2 sebelum ini telah dilancarkan untuk para pengguna Windows pada awal bulan ini, membolehkan para pengguna bermain bersama-sama dengan lain. Seperti beberapa permainan Valve yang lain, DOTA 2 ditawarkan melalui Steam, dan kini para pengguna Ubuntu Linux dan juga Mac OS X turut sama boleh bermain dan bersaing dengan rakan-rakan mereka melaluinya.
Seperti biasa, pihak Valve menetapkan beberapa spesifikasi minimum, dimana mereka kini menyokong Ubuntu Linux 12.04 dan terkini, serta OS X 10.7.