Selepas gambar dan video untuk tablet yang dikatakan sebagai Nexus 7 baru tertiris ke arena web, terkini, beberapa spesifikasi dan juga fungsi baru yang akan disertakan bersama-sama dengannya mula diketahui.
Mengikut daripada apa yang diperlihatkan, Nexus 7 baru ini kelak akan menyertakan cip pemprosesan empat-teras 1.5GHz, skrin bersaiz 7-inci, serta dilengkapi dengan kamera belakang 5-megapixel dan kamera hadapan 1.3-megapixel.
Selain daripada itu, Nexus 7 baru juga dikatakan bakal menyertakan slim-port untuk sokongan output 1080p, selain mana turut menyokong pengecasan tanpa wayar.
Apa pun, mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenai Nexus 7 baru ini, termasuk mengenai Android 4.3 pada minggu hadapan.