Desas-desus mengenai iPhone versi “bajet” telah kedengaran sejak beberapa bulan yang lepas, dimana selain beberapa gambar yang tertiris sebelum ini, kini beberapa gambar baru hadir, memperlihatkan peranti yang dikatakan sebagai “iPhone Bajet” bersebelahan dengan iPhone 5.
Mengikut ura-ura terbaru yang kedengaran, ia dikatakan akan hadir dalam dua variasi berbeza, dimana salah satunya adalah untuk pasaran antarabangsa dan satu lagi adalah untuk pasaran di China.
iPhone “bajet” ini dikatakan akan membolehkan pihak Apple untuk menembusi pasaran di negara-negara membangun yang mana kini mempunyai pengguna Android yang tinggi. Ura-ura berkaitan dengan peranti ini telah dikatakan untuk sekian lama, namun sehingga kini pihak Apple masih tidak mengumumkannya kepada umum, mahupun berkongsi perancangan mereka berkenaan dengannya.
Mungkinkah kita akan melihat ia diumumkan pada tahun ini?