Dengan jemputan media yang telah mula dihantar oleh pihak Motorola untuk media antarabangsa, kini gambar peranti berkenaan tertiris ke arena web, sekaligus memperlihatkan bagaimanakah peranti berkenaan akan kelihatan kelak.
Seperti semua sedia maklum, gambar peranti ini selari dengan peranti yang digunakan oleh Eric Schmidt baru-baru ini. Telefon pintar ini dikatakan akan menyertakan skrin bersaiz 4.7-inci bersama-sama dengan cip pemprosesan dwi-teras. Pihak Motorola juga sedia terkenal dengan tawaran masa bertahan bateri yang lama pada beberapa peranti mereka, dan mungkin akan dikekalkan pada peranti ini.
Jadi, daripada gambaran ini, apakah pendapat anda berkenaan dengan peranti Motorola Moto X ini?