Adakah Ini Telefon Pintar Ubuntu Edge?

Adakah Ini Telefon Pintar Ubuntu Edge?

Diterbitkan pada July 21, 2013 oleh .

Ubuntu sebelum ini telah mengemaskini halaman web utama mereka, memperlihatkan akan mengumumkan sesuatu yang baru dalam masa kurang 3 hari lagi. Dengan pelbagai ura-ura mengatakan mereka akan hadir dengan telefon pintar yang dinamakan Ubuntu Edge, kini beberapa gambar yang dikatakan sebagai peranti berkenaan tertiris ke arena web.

Ubuntu Edge

Gambar ini ditemui oleh salah seorang pengguna pada pelayan Ubuntu, dan dilabelkan dibawah folder Edge. Buat masa ini, spesifikasi penuh peranti berkenaan tidak diketahui, dan mungkin ia hanya sekadar gambaran serta memberikan idea berkenaan peranti akhir Ubuntu Edge berkenaan.

Ubuntu Edge

Ubuntu Edge

Ubuntu Edge

Seperti semua sedia maklum, ia bakal dijana menggunakan sistem operasi Ubuntu Touch yang telah sedia ditawarkan dalam versi pembangunan untuk peranti Nexus 4. Maklumbalas awal daripada para pengguna berkaitan Ubuntu Touch boleh dikatakan positif, dan semestinya ramai yang menantikan pengumuman rasmi pihak Ubuntu berkaitan dengannya.

Jadi, apa kata anda berkenaan “Ubuntu Edge” ini?


TIPS & ULASAN