Carian
Mozilla Merancang Kemaskini Fungsi Baru Setiap Tiga Bulan Untuk Firefox OS
July 21, 2013 Aman

Pada tahun ini, beberapa sistem operasi alternatif mula mendapat perhatian, dan salah satunya adalah FirefoxOS daripada pihak Mozilla. Buat masa ini, beberapa pengeluar telah sedia menyatakan sokongan, termasuk antaranya adalah ZTE, Huawei, dan juga Alcatel.

ZTE Open

Melalui kemaskini terkini yang dikongsikan pihak Mozilla, mereka merancang untuk mengeluarkan kemaskini sistem operasi Firefox OS setiap tiga bulan, sekaligus menjadikan ia sebagai salah satu sistem operasi mudah-alih dengan sokongan kemaskini yang paling pantas dan cepat di pasaran.

Selain itu, Mozilla juga mensasarkan untuk hadir dengan kemaskini sekuriti hampir 6 minggu sekali, sekaligus menyelarikan ia dengan pembangunan pelayar web desktop mereka.

Komen