Gambar Imej Akhir Untuk Tablet Nexus 7 Baru Diperlihatkan

Gambar Imej Akhir Untuk Tablet Nexus 7 Baru Diperlihatkan

Diterbitkan pada July 22, 2013 oleh .

Selepas beberapa gambar tablet Nexus 7 versi baru tertiris ke arena web, kini, seperti biasa pihak @EVLeaks hadir dengan imej akhir, memperlihatkan rekabentuk peranti tersebut pada bahagian hadapan dan juga belakang. Walaubagaimanapun, ia masih tidak memberikan idea berkenaan dengan spesifikasi peranti tersebut buat masa ini.

Nexus 7

Nexus 7 versi baru ini adalah kemaskini untuk tablet yang diperkenalkan dengan nama sama pada tahun lepas. Daripada apa yang diperlihatkan, ia menyertakan kamera hadapan dan belakang bersama-sama dengannya. Tablet ini turut dikatakan akan menyertakan skrin dengan resolusi 1920×1080 pixel, sekaligus membolehkan pengguna menikmati kandungan pada paparan yang lebih baik.

Pihak Google sendiri telah menjadualkan sebuah acara khas pada minggu ini, dan mungkin kita akan mendengar lebih lanjut berkenaan dengannya pada acara berkenaan.


TIPS & ULASAN