Apple Developer Center Digodam – Maklumat Peribadi Pembangun Mungkin Diakses

Apple Developer Center Digodam – Maklumat Peribadi Pembangun Mungkin Diakses

Diterbitkan pada July 22, 2013 oleh .

Apple Developer Center adalah salah satu halaman rujukan dan sehenti untuk para pembangun aplikasi untuk platform Apple. Terkini, pihak Apple mengeluarkan kenyataan melalui web tersebut, mengatakan mengenai laman mereka telah diakses oleh pihak ketiga, sekitar hari Khamis lepas.

Apple Developer Center - Maintenance

Menurut pihak Apple, tiada sebarang maklumat “sensitif” yang boleh diakses pengodam tersebut kerana telah di encrypt. Namun, maklumat peribadi seperti nama, emel dan alamat mungkin terdedah dan diakses pengodam tersebut. Ia turut dikatakan mereka sedang mengemaskini sistem berkenaan, sebelum membukanya kembali kepada umum. Walaupun laman utama Apple Developer boleh dibuka, tetapi apabila pengguna ke halaman iOS Developer Center ataupun Mac Developer Center, maka ia akan memaparkan mesej penyelenggaraan.

Buat masa ini, Apple tidak memberikan sebarang masa berkenaan dengan bilakah masalah tersebut akan diatasi.

Kemaskini : Seorang pengkaji bebas hadir mengatakan ia bukan digodam, sebaliknya beliau telah membuat laporan kepada pihak Apple berkenaan dengan kerentanan pada sistem mereka.


TIPS & ULASAN