Apple Dilaporkan Sedang Menguji iPad Dan iPhone Dengan Skrin Lebih Besar

Apple Dilaporkan Sedang Menguji iPad Dan iPhone Dengan Skrin Lebih Besar

Diterbitkan pada July 22, 2013 oleh .

WSJ hari ini melaporkan yang mana pihak Apple sedang menguji tablet dan juga telefon pintar mereka, iaitu iPad dan juga iPhone dengan skrin lebih besar berbanding yang terdapat di pasaran pada hari ini. Pada hari ini, Apple memasarkan iPhone 5 dengan skrin 4-inci, manakala iPad hadir dengan skrin bersaiz 9.7-inci.

iPad Lima?

Daripada apa yang dikongsikan WSJ, pihak Apple dikatakan meminta prototaip skrin bersaiz hampir 13-inci untuk tabletnya, disamping turut meminta skrin bersaiz lebih dari 4-inci daripada pengeluar.

Seperti biasa, ia tidak diketahui sama ada peranti dengan saiz seumpamanya akan dipasarkan ataupun tidak. Ia menjadi suatu kebiasaan dikalangan syarikat elektronik untuk menguji pelbagai jenis prototaip secara dalaman.

Namun, sekiranya ia dipasarkan kepada umum, maka sekaligus akan membuatkan pihak Apple turut hadir dengan peranti pelbagai saiz – salah satu perkataan yang sinonim dengan pihak Samsung.

Pihak WSJ juga pada masa yang sama turut menekankan yang mana iPhone baru yang bakal dilancarkan kelak akan membawakan saiz skrin yang menyerupai iPhone 5 pada hari ini. Apple juga turut dikatakan akan hadir dengan iPhone “bajet” dengan kerangka pelbagai warna pada tahun ini.


TIPS & ULASAN