Cari @ Amanz

Samsung Malaysia hari ini mengumumkan peranti Galaxy Grand Quattro untuk pasaran tempatan, yang mana turut dikenali dengan nama Samsung Galaxy Win. Di Malaysia, ia dijual pada harga saranan RM999, dan hadir dengan sokongan dwi-SIM bersama-sama dengannya.

Galaxy Grand Quattro

Galaxy Grand Quattro dijana menggunakan cip pemprosesan empat-teras 1.2GHz, serta dilengkapi dengan skrin bersaiz 4.7-inci. Peranti ini turut sama dilengkapi dengan kamera belakang 5-megapixel bersama-sama dengannya, dan didatangkan dengan sistem operasi Android 4.1 Jelly Bean dan antaramuka TouchWiz.

Peranti ini boleh dikatakan disasarkan kepada pengguna yang inginkan sokongan dwi-SIM, selain pada masa yang sama membawakan sokongan skrin bersaiz besar serta prestasi yang agak baik pada kelasnya. Pengguna yang berminat, boleh mendapatkan Galaxy Grand Quattro dari pengedar tempatan bermula hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd