Nokia Bakal Mengumumkan Sesuatu Yang Baru Esok

Nokia Bakal Mengumumkan Sesuatu Yang Baru Esok

Diterbitkan pada July 22, 2013 oleh .

Nokia JinggaNokia sering hadir dengan teaser sebelum mengumumkan peranti mereka, dan kini melalui laman blog rasmi, Nokia menjanjikan bakal hadir dengan sesuatu yang baru esok. Tiada sebarang maklumat dikongsikan, selain daripada gambar logo Nokia disebalik latar berwarna jingga dan juga perkataan “BIG”.

Memandangkan Nokia baru sahaja mengumumkan Lumia 1020, maka mungkin pengumuman ini lebih memfokuskan kepada peranti dibawah keluarga Asha mereka. Namun, perkataan “BIG” yang digunakan oleh Nokia menimbulkan pelbagai persoalan.

Apa pun, sama-sama kita nantikan apakah yang bakal diumumkan oleh pihak Nokia dalam tempoh kurang 24 jam lagi.


TIPS & ULASAN