Cari @ Amanz

Media Prima DigitalMedia Prima merupakan salah satu gergasi media di Malaysia, dimana disebalik mereka adalah beberapa saluran popular, termasuk TV3, NTV7, 8TV, TV9 dan sebagainya. Dengan terdapat empat saluran televisyen, kini Media Prima merancang untuk memperkenalkan siaran dengan definisi tinggi menjelang pertengahan tahun pertama 2014 kelak.

Ia tidak diketahui lagi berkenaan saluran apakah yang akan dilancarkan dengan sokongan HD. Namun, jikalau mengikut populariti, kemungkinan besar ianya adalah TV3.

Daripada apa yang dikongsikan melalui The Edge, pihak Media Prima akan memperkenalkan siaran HD sebaik sahaja infrastruktur DTTB (Digital Terrestrial Television Broadcast) tersedia untuk membolehkan penyedia saluran percuma untuk menyiarkannya dalam bentuk digital. Infrastruktur ini dijangka akan disediakan oleh syarikat lain, dan pihak Media Prima akan hanya kekal sebagai penyiar sahaja, sekaligus menjimatkan kos operasi dan pembangunan mereka.

Apa pun, sama-sama kita nantikan pada awal tahun hadapan untuk melihat saluran apakah yang akan menjadi saluran pertama dengan sokongan siaran HD.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd