Cari @ Amanz

Ubuntu EdgePada penghujung minggu lepas, gambar peranti yang dinamakan sebagai Ubuntu Edge telah pun tertiris ke arena web. Dan hari ini, pihak Canonical hadir dengan sebuah video khas untuknya, disamping memulakan kempen pengumpulan dana untuk Ubuntu Edge melalui laman IndieGogo.

Seperti semua sedia maklum, pihak Ubuntu telah memfokuskan kepada kebolehan menggunakan telefon pintar sebagai komputer apabila disambungkan kepada dock. Untuk tujuan ini, mereka hadir dengan beberapa spesifikasi yang menarik, termasuk skrin bersaiz 4.5-inci, sokongan memori sehingga 4GB RAM, dan juga ruangan storan terbina sehingga 128GB. Sokongan LTE turut disertakan bersama-sama dengannya, membolehkan pengguna menikmati internet berkelajuan tinggi menggunakannya. Peranti ini turut bakal menyertakan kamera belakang 8-megapixel dan juga kamera hadapan 2-megapixel.

Ubuntu Phone

Dari segi sistem operasi pula, ia akan menjalankan kedua-dua Ubuntu Phone OS dan juga Android pada telefon pintar, dan menjalankan sistem operasi Ubuntu apabila di dock ke komputer.

Telefon pintar Ubuntu Edge ini akan ditawarkan hanya melalui IndieGogo sahaja, dimana ia dijangka akan dihantar kepada para pengguna menjelang Mei 2014 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd