Cari @ Amanz

Nampaknya, berkemungkinan pengumuman peranti Nokia baru yang bakal diadakan hari ini mungkin bukan mengenai Asha, sebaliknya berkenaan dengan telefon pintar berasaskan Windows Phone terbaru mereka – Lumia 625.

Lumia 650

Daripada spesifikasi yang tertiris ke web, ia kelihatan Lumia 625 menyertakan skrin yang agak besar, iaitu sekitar 4.7-inci dengan resolusi 800×480 pixel. Selain itu, telefon pintar ini juga kelihatan menyertakan cip pemprosesan dwi-teras 1.2GHz Snapdragon S4, memori sebanyak 512MB RAM dan juga bateri 2000mAh. Untuk sokongan rakaman gambar, Lumia 625 dilihat menyertakan kamera belakang 5-megapixel dengan sokongan kamera VGA dihadapan.

Lumia 625

Melihat kepada gambar peranti yang disertakan, ia kelihatan warna jingga peranti tersebut selari dengan teaser yang diperlihatkan oleh pihak Nokia lewat semalam.

Apa pun, sama-sama kita nantikan apakah yang bakal dibawakan oleh pihak Nokia hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd