Canon Dilaporkan Menguji Kamera DSLR Pro 75-Megapixel

Canon Dilaporkan Menguji Kamera DSLR Pro 75-Megapixel

Diterbitkan pada July 23, 2013 oleh .

Canon YunaDengan telefon pintar yang kini hadir dengan kamera sehingga 41-megapixel, semestinya pengeluar DSLR tidak ingin ketinggalan. Mengikut laporan terbaru, ia dikatakan pihak Canon sedang menguji kamera DSLR Pro dengan sensor sehingga 75-megapixel.

Buat masa ini, ia dikatakan masih pada peringkat ujian, dan mungkin pihak Canon tidak akan mengumumkannya dalam masa terdekat ini. Mengikut apa yang dikongsikan, ia menggunakan binaan badan seumpama 1DX, disamping membawakan skrin dengan paparan resolusi tinggi. Kamera DSLR Pro baru ini juga dikatakan mungkin akan menyertakan pemprosesan baru untuk menampung tenaga operasi yang akan digunakan melaluinya.

Selain daripada ura-ura ini, Canon turut dikatakan akan hadir dengan kamera dengan rakaman resolusi tinggi melalui Canon EOS 1S dan juga Canon EOS 3D. Kedua-duanya diura-ura akan membawakan spesifikasi yang agak tinggi, dengan sokongan sensor sehingga 47-megapixel.


TIPS & ULASAN