Fresh Paint merupakan salah satu aplikasi yang didatangkan terbina oleh pihak Microsoft bersama-sama dengan sistem operasi Windows 8. Kini kelihatan aplikasi yang sama turut sama diperkenalkan oleh Microsoft untuk pengguna Windows Phone 8, sekaligus memudahkan pengguna membuat lakaran pada peranti mereka.
Seperti biasa, pengguna boleh memilih berus dan membuat lakaran menggunakan aplikasi berkenaan – sama seperti pada Windows 8. Selain itu, khas untuk pengguna Windows Phone 8, Microsoft turut sama menyertakan sokongan untuk menambah efek pada gambar yang dirakamkan, serta membolehkan pengguna menyunting gambar melaluinya.
Bagi para pengguna Windows Phone yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma dari Windows Phone Store hari ini.
Muat-Turun Fresh Paint untuk Windows Phone 8