Cari @ Amanz

Dengan pelbagai spekulasi semalam, nampaknya pihak Nokia telah pun mengumumkan peranti baru mereka hari ini, iaitu Lumia 625. Seperti biasa ia dijana menggunakan sistem operasi Windows Phone, disamping pada masa yang sama membawakan skrin bersaiz 4.7-inci dengan sokongan LTE bersama-sama dengannya.

Lumia 625

Walaupun membawakan skrin bersaiz 4.7-inci, namun dari segi resolusi skrin, ia hanya menyertakan paparan 480 x 800 pixel sahaja. Peranti ini turut dijana menggunakan cip pemprosesan dwi-teras 1.2GHz, dan memori sebanyak 512MB RAM, Bateri berkapasiti 2000mAh turut disertakan bersama-sama dengannya.

Seperti kebanyakkan peranti Lumia yang lain, ia turut disertakan dengan beberapa sokongan menarik, termasuk sokongan pemetaan HERE Maps dan juga Smart Camera App.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi berkenaan bilakah peranti ini akan hadir ke pasaran tempatan dan harga jualannya kelak. Sebelum ini, Lumia 620 telah dilancarkan di Malaysia dengan harga RM799, dan mungkin peranti ini akan berharga sekitar itu ataupun lebih murah daripadanya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd