Cari @ Amanz

Selepas mengumumkan HTC Desire 600 dan juga HTC Desire 200 sebelum ini, hari ini pihak HTC turut sama memperkenalkan satu lagi peranti dengan spesifikasi pertengahan, iaitu HTC Desire 500. Dari segi rekabentuk, ia kelihatan seumpama One S, tetapi pada masa yang sama membawakan sokongan Sense 5 daripada HTC.

HTC Desire 500

Dari segi spesifikasi, peranti dengan skrin bersaiz 4.3-inci dengan resolusi 480×800 pixel, cip pemprosesan empat-teras 1.2GHz Snapdragon 200, memori 1GB RAM, dan juga kamera 8-megapixel dengan sokongan HTC ImageChip.

Sokongan lain seperti HTC Blinkfeed turut sama disertakan pada peranti ini. Namun, sokongan seperti BoomSound dan juga kamera HTC Ultrapixel tidak didatangkan pada peranti ini. Walaubagaimanapun, untuk kualiti audio yang baik, pihak HTC menyertakan Beats Audio bersama-sama dengannya.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi berkenaan bilakah HTC Desire 500 akan memasuki pasaran tempatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd