Google Membawakan Sokongan Street View Ke Gunung Fuji

Google Membawakan Sokongan Street View Ke Gunung Fuji

Diterbitkan pada July 23, 2013 oleh .

Selepas menyertakan sokongan Street View pada Burj Khalifa dan juga Eiffel Tower sebelum ini, pihak Google kelihatan terus memperluaskan sokongan Street View ke beberapa kawasan lain, dan terkini mereka turut mengumumkan sokongan Street View di Pergunungan Fuji.

Gunung Fuji adalah gunung tertinggi di Jepun, terletak berhampiran perairan Pasifik di pusat Honshu dan dikelilingi tiga kota iaitu Gotemba (timur), Fuji-Yoshida (utara) dan Fujinomiya (barat daya).

Untuk menjayakan rakaman Street View di Gunung Fuji, pihak Google telah menggunakan Trekker mereka, sekaligus membawakan paparan panorama 360-darjah dengan lebih 14,000 imej. Bagi mereka yang berminat, boleh melayari halaman Google Maps hari ini, dan melawat Gunung Fuji terus daripada pelayar web anda.


TIPS & ULASAN