Lagi Gambar BlackBerry A10 Tertiris Ke Arena Web

Lagi Gambar BlackBerry A10 Tertiris Ke Arena Web

Diterbitkan pada July 23, 2013 oleh .

Gambar BlackBerry A10 telah pun sedia tertiris sebelum ini, dan kini ia hadir sekali lagi, memperlihatkan rekaan kerangka hadapan dan juga belakang peranti berkenaan. Telefon pintar yang dijana menggunakan BlackBerry 10.2 ini dijangka akan diperkenalkan oleh pihak BlackBerry dalam masa beberapa bulan lagi.

BlackBerry A10

BlackBerry A10

Daripada rekaan peranti ini, ia sedia memperlihatkan rekaan yang agak melengkung pada bahagian bucu. Ia tidak diketahui sama ada akan menyertakan kerangka belakang yang boleh dibuka ataupun tidak.

Dengan gambar-gambar yang tertiris dari hari ke hari ini, mungkin kita akan mendengar lebih banyak berkaitan dengan peranti ini dalam masa terdekat ini.

BlackBerry A10

Jadi, apa kata anda berkenaan dengannya?


TIPS & ULASAN