Flipboard Magazine Kini Boleh Diikuti Dan Dibaca Melalui Web

Flipboard Magazine Kini Boleh Diikuti Dan Dibaca Melalui Web

Diterbitkan pada July 23, 2013 oleh .

FlipboardFlipboard sedia popular dikalangan pengguna tablet iPad dan juga Android dalam mengikuti pelbagai kandungan web dalam paparan yang menarik. Kini, hari ini, pembangunnya turut sama memperkenalkan Flipboard Magazine yang kini boleh diakses terus melalui pelayar web pada desktop anda.

Seperti pada peranti mudah-alih, Flipboard Magazine pada web juga dioptimasikan dan hadir dengan rekabentuk yang kemas dan sesuai untuk pembacaan. Pengguna masih boleh flip halaman seperti biasa dan menyokong sehingga 11 bahasa buat masa ini.

Flipboard versi web ini disokong melalui pelayar web Chrome, Firefox, Safari dan juga Internet Explorer 9.


TIPS & ULASAN